Solleh Al-Fatimi
Kenyataan Sister in Islam (SIS) oleh Pengerusi Eksekutif barunya Dr Hamidah Merican membantah hukuman sebat syariah terhadap tiga pesalah wanita mengikut Seksyen 23(2) Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan 1997 adalah tidak mengejutkan kita. SIS yang lebih disinonimkan dengan Zainah Anwar lebih dua dasawarsa yang lalu telah membuat banyak kenyataan yang jauh lebih panas dan hangat. Sangat terkenal dengan NGO yang terus terang menyerang hukum-hakam dan perundangan Islam yang telah sabit dengan dalil qat'ie dan ijma' oleh seluruh para ulama'. Sepatutnya SIS diberi nama Sister In Kafir sebagaimana yang pernah diperkatakan oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, kerana mereka tidak layak langsung untuk mendapat nama Islam. Lahir dari spesis Abdullah bin Ubai, Abdullah bin Saba' ataupun Musilamah al-kazzab zaman moden di Malaysia!
Tanpa perlu saya mengulas panjang tentang SIS dan mereka yang bertopengkan islam tapi berhati sekular dan syaitan ini. Lebih baik sekiranya saya utarakan pandangan mereka yang mempunyai akal untuk berfikir, ada hati untuk menilai, ada mata untuk memerhatikan dan ada keinginan untuk mencari kebenaran. Sekalipun mereka tidak bergelar seorang Muslim, dan bukan NGO Islam, namun mereka masih mempertahankan erti sebuah kebenaran.
Sebagai contoh, Tokoh besar Kristian Eropah, Dr. Rowan Williams, Uskup Besar Canterbury England yang menyarankan Bahagian-Bahagian Undang-Undang Syariah Islam sebagai penyelesaian kesatuan sosial di United Kingdom dalam wawancaranya dengan Radio 4 BBC pada 7 Febuari 2008.

Malah satu kumpulan penyelidik di Institut Perubatan Novosibirsk, Rusia yang diketuai pakar biologi Dr.Sergei Speransky menemui kaedah baru (baca : lama) merawat ketagihan alcohol dan kegundahan melampau melalui sebatan sebagaimana yang pernah dikuatkuasakan di sekolah Britain pada kurun sebelumnya dan mengesyorkan sesi terapi 30 sesi membabitkan 60 kali sebatan keatas punggung seseorang berbadan sederhana.Menurutnya berdasarkan saintifik, sebatan di punggung mampu merembeskan sejenis bahan kimia semula jadi badan manusia, endorphin yang bertindak sebagai antibody terhadap kesan ketagihan arak, dadah dan rokok.


Lebih memeranjatkan lagi, rakan sepasukannya Dr Marina Chuhrova mempunyai 10 pesakit yang sukarela menjalani terapi sebatan rotan tersebut dengan caj merotan pesakit RM 342.00 bagi sesuatu rawatan biasa dan kini tidak menang tangan untuk merotan pesakitnya. Ia menjadi satu terapi yang komersil berbanding RM10 bagi setiap sebatan diperuntukan kepada pelaku sebat di Malaysia.


Justeru itu, dimanakah logiknya kenyataan Pengerusi Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS), Datuk Syed Abbas Syed Ali yang juga ADUN Balung di Sabah yang turut mempertikaikan hukuman 6 kali sebatan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Pahang dengan alasan logik analogi peminum arak sama dengan penghisap rokok yang sukar meninggalkan tabiat ketagihan. Inilah terjadi apabila amanah mengurus urusan umat Islam; MUIS diserahkan kepada orang yang buta hati, jahil agama, pemikiran sekular dan berkiblatkan syaitan! Maka tunggulah saat kehancurannya.

Sungguh sinis saranan yang diutarakan oleh Faizal Riduan, Seorang Perunding Pembangunan Sumber Manusia;
"Jika kita memerlukan sampel uji kaji sebagai testimony (bagi membantu kajian di Institut Perubatan Novosibirsk, Rusia), maka calon terbaik, saya syorkan ialah Dr. Hamidah Merican, Zainah Anwar atau Datuk Syed Abas Syed Ali, itu pun jika kesalahan menghina mahkamah ditambah dengan hukuman rotan dan tidak cukup sekadar peruntukan denda dan penjara. Seperti kata orang sekarang, “Belum cuba belum tahu”.
 Tulisan penuhnya dapat dibaca di http://www.malaysiakini.com/news/124637. ianya juga diterbitkan oleh Sinar Harian. Edisi Kuala Lumpur&Selangor. Isnin. 22 Febuari 2010. m/s N15.

Salam Pembelaan Islam dari Solleh al-Fatimi.
Solleh Al-Fatimi
Dimulakan dengan lafaz Alhamdulillah, kurafa'kan setinggi kesyukuran kepada Pemilik cinta abadi, ALLAH SUBHANAHU WA TA'ALA atas segala nikmat dan kurniaan yang tiada berpenghujung serta naungan cinta dan kasih sayangNya yang tiada bertepian.

"10 TERMINAL SYURGA RUMAH TANGGA" begitulah tajuk teristimewa hasil perkongsian ilmu, rasa, cita-cita dan pengalaman dalam menitipkan syurga di dalam mahligai rumah tangga. sememangnya diri ini memang tidak layak untuk membicarakan hal ehwal rumah tangga lantaran baru setahun jagung mengecapi nikmat bergelar isteri dan ummi kepada seorang zuriat. namun begitu, kugagaskan jua penulisan ini sebagai pedoman buat diri dan sekalian sahabat yang ingin menjejaki alam rumah tangga dan teristimewa juga buat mereka yang telah lama membina mahligai rumah tangga.

Sememangnya, syurga dalam rumah tangga merupakan satu impian yang dicitakan oleh setiap manusia. ia merupakan fitrah manusia diciptakan. namun dalam mendambakannya, ia memerlukan titik yang jelas agar syurga yang diimpikan menjadi kenyataan. kerana untuk menggapai syurga diakhirat nanti, kita perlu merasai syurga di dunia ini.

Dalam merealisasikan hasrat ini, saya; siti nur fatimah binti hasan bergandingan dengan ustazah nor bahyah mahamod merangka perjalanan untuk mencapai sebuah syurga dalam rumah tangga. semoga buku yang diterbitkan oleh Telaga Biru sdn.bhd ini mampu menjana manfaat yang semaksimumnya dan merealisasikan hasrat syurga rumah tangga dalam hidup kita semua. amin.
Labels: 0 comments | | edit post
Solleh Al-Fatimi
Sangat tepat pesanan Hasan al-Hudhaibi, Pemimpin Ikhwan al-Muslimin;
“Penjara bukanlah tembok tebal atau jeriji besi. Penjara yang sebenarnya adalah keadaan dalam perasaan dan fikiran kalian”

Ternyata sekalipun jasad para ulama’ terpenjara, namun perasaan dan fikiran mereka ternyata masih bebas merdeka. Pemerintah zalim gagal memenjarakan perasaan dan fikiran mereka. Sehinggakan para ulama’ yang dipenjara mampu menghasilkan buah tangan yang terlalu istimewa tatkala mendiami tirai besi untuk seluruh umat Islam yang tercinta.

Dairi asam garam perjalanan hidup Syeikh Abdul Aziz al-Badri penuh dengan warna-warni. Beliau tidak keberatan untuk mencoretkan kisah yang dihadapinya tatkala menulis kitab‘al-Islam Baina al-Ulama’ Wa al-Hukkam’. Pada muqaddimah kitab tersebut, beliau menceritakan segala-galanya; “Sesungguhnya aku (Sheikh Abdul Aziz al-Badri) ditahan secara paksa di rumahku selama setahun. (Zaman pemerintahan Abdul Karim Qasim pada 2 Disember 1959 dan dibebaskan pada 2 Disember 1960) Bagi aku penahanan ini merupakan satu nikmat Allah s.w.t kepada ku. Pada waktu itu, aku sempat menyelediki buku-buku sirah, sejarah dan sejarah hidup para ulama’ Islam. Aku lakukannya untuk mengetahui pendirian dan prinsip ulama’ salafussalih bersama pemerintah disepanjang kewujudan Daulah Islamiyyah sejak ia dibangunkan oleh penghulu kita Rasulullah s.a.w yang mulia di Madinah Al-Munawwarah sehinggalah orang-orang kafir menghapuskan Daulah Islamiyyah pada tahun 1343 Hijrah. Pengetahuan terhadap sejarah mereka yang merupakan pendorong untuk aku menulis pendirian itu samada secara ringkas dan menyeluruh serta aku mengumpulkannya dengan perkara yang termampu bagiku dan bantuan taufiq dari Allah s.w.t kepadaku.

Apabila aku ditahan buat kali keduanya, (Pada 7 Ogos 1961 dan dibebaskan pada hari pengampunan pada 4 Disember 1961), aku memohon pertolongan kepada Allah s.w.t agar mengemaskini tulisan ku ini dengan memilih perkara yang sesuai dan memberi komentar terhadap tulisannya agar penulisan ini dalam ruang lingkup perbincangan dan tidak keluar dari dasar penulisannya...”. Akhirnya dari penahanannya membuahkan kitab al-Islam Baina al-Ulama’ wa al-Hukkam.

Lebih hebat lagi dapat kita perhatikan pada seorang fuqaha' besar daripada al-Hanafiah; Syamsul A‘immah As-Sarkhasi. Beliau telah berjaya menghasilkan sebuah kitab fiqh yang mempunyai 30 jilid tatkala beliau dipenjarakan di penjara 'Bauzajund'. Kitab ini dihasilkan tanpa dirujuk mana-mana kitab-kitab lain. Bahkan kitab ini disiapkan dengan buah fikirannya dan disalin kembali oleh murid-muridnya yang berada di atas tembok penjara. Akhirnya kitab yang 30 jilid ini dapat disiapkan sehinggakan diakhir suatu bab dituliskan; "telah selesailah syarahan berhubung dengan 'al-aqrar' yang mengandungi pelbagai rahsia didalamnya, ia disiapkan oleh seorang yang tahanan yang dikelilingi oleh banduan". Betapa berkuasanya Allah Yang Maha Agung. Ketakjuban ini dihikayatkan dalam al-Fawaid al-Bahiyyah Fi Tarajim al-Hanafiah.

Syeikh al-Islam Ibnu Taimiyyah tidak ketinggalan untuk membawa buah tangan dari penjara. Tatkala menempuh hidupnya di penjara Qal'ah yang menjadi tempat terakhir kehidupannya. Beliau mengisi waktu yang ada dengan beribadah kepada Allah s.w.t, membaca al-Quran. Bukan setakat itu, bahkan puntung-puntung kayu yang menjadi arang dijadikan pena bagi menulis kitab-kitab serta menjawab terhadap tuduhan yang dilemparkan oleh penentang-penentangnya. Namun setelah pemerintah mendapati sebahagian daripada kitab beliau mendapat sambutan, pemerintah pun menegah beliau dari menulis dan membuat sebarang kajian. Peristiwa ini disematkan dalam Tazkiratul Huffaz oleh Ibnu Abdul Hadi.

Suatu mutiara kata yang sangat bermakna pernah terbit dari mulut Imam Ibn Taimiyyah sebagaimana yang diceritakan oleh muridnya Imam Ibn Al-Qayyim Al-Jauzi yang turut dipenjarakan bersama beliau;
"Banduan yang sebenar ialah mereka yang hatinya terpenjara dari tuhannya, manakala orang tawanan yang sebenar ialah orang yang ditawan oleh hawa nafsunya!".
Terdetik sejenak, adakah kita sekarang seorang banduan atau tawanan? Atau benar-benar bebas dan merdeka?

Ya Allah. Bantulah hamba-hamba-mu dalam menyampaikan risalah-Mu dan risalah Rasul-Mu. Kurniakan kepada kami peluang dan ruang, sebagaimana Engkau kurniakan kepada mereka, Ya Allah. Amin.