Solleh Al-Fatimi
tika munajatku di malam sepi
menadah kasih cinta sejati
tautan hati sang suami dan isteri
diikat dengan CINTA ILAHI... 

terimbas kembali saat kau melafazkan...aku terima nikahnya...
air mataku berjujuran sungguh deras... syukurnya aku pada Tuhan lelaki istikharah ini yang kau takdirkan untuk menjadi suami kepadaku dan menjadi abi kepada zuriat-zuriatku.. subhanallah.. langkah pertama menuju satu lagi alam yang sungguh mendamaikan... azam kita baiti jannati...

syukurku tak terhingga...
padaMu Tuhan pemberi anugerah cinta yang agung ini
Kau satukan hati dua jiwa 
MOHD SOLLEH BIN AB RAZAK & SITI NUR FATIMAH BINTI HASAN
dengan ikatan pernikahan yang sungguh suci

tapaknya IMAN
Jalannya SYARIAT
Natijahnya AKHLAK
TIGA kunci kebahagiaan rumahtangga

dan  terciptalah...
SETIA & PENYAYANG SANG SUAMI
CINTA & TAAT SEORANG ISTERI


kau dedikasikan lagu ini...
Subhanallah..sugguh terasa dalamnya,tulusnya cintamu terhadap diriku

uhibbuki mithla anti uhibbuki kaifa ma kunti
wa mahma kaa na mahma saara anti habibati
zaujati anti habibati.. 


Sungguh... damai kurasa bergelar seorang isteri pada suami yang tak pernah jemu menggembirakan hati ini. tak pernah lekang memberi yang termampu... kau terlalu berkorban demi ikatan suci ini... JAZAKALLAHU KHAIRAN KATHIRA suamiku... ungkapan yang tak terungkap betapa bersyukurnya diriku menjadi permaisurimu.. sepanjang tempoh ini, ampunkanlah segala khilaf diriku terhadapmu, kau pencetus motivasiku Abang... sesungguhnya diriku amat mencintaimu...

Menginjak 2 tahun usia pernikahan kita,
Alhamdulillah satu lagi pengalaman indah kita susuri..semuanya Anugerah Tuhan.. agar kita tak pernah lupa dengan segala limpahan kurniaNya... MUJAHID SOLAHUDDIN melengkapkan hidup kita untuk bergelar seorang abi dan ummi kepada permata hati... dialah bukti utuhnya cinta kita


Abang, pimpinlah tangan permaisuri hatimu menuju jalan hidup yang hakiki, sentuhlah hati isterimu dengan kata-kata hikmahmu, genggamlah erat jari jemari sahabatmu ini agar kita kuat menempuhi liku hidup yang sementara ini...

suamiku... sudikah abang jika diriku ingin menjadi permaisurimu bukan sahaja di dunia malahan juga di daerah akhirat yang kekal abadi.? ini kulafazkan pada malam kita disatukan menjadi suami isteri... suamiku impianku ini kupasakkan sedalam-dalamnya dalam diriku dan kutitipkan dalam doa-doaku.. 

akhir kalam, selamat menyambut ulangtahun perkahwinan yang kedua dedikasi buat insan yang amat teristimewa... kuhadiahkan bingkisan buku pengikat cinta kita berdua 10 TERMINAL SYURGA RUMAHTANGGA buatmu jua... ingat ungkapan ini,

untuk membina syurga dalam rumatangga, haruman di dalam rumah perlu haruman syurga, ahlinya juga berpewatakan ahli syurga... 

suamiku tercinta,
MOHD SOLLEH BIN AB RAZAK




Salam penuh kasih sayang,
zaujah al mahbubah,
SITI NUR FATIMAH BINTI HASAN

Solleh Al-Fatimi
Solleh Al-Fatimi
Kecoh sekarang ni soal Judi sempena World Cup. satu respon yang patut kita beri perhatian adalah terhadap satu respon dari MP Kota Belut yang menyokong pemberian lesen judi ini.

1. "Lagipun perjudian haram banyak melibatkan sindiket jenayah, jadi kami cuba untuk mengurangkan jenayah itu berlaku".

2. "Kenapa mesti berikan duit itu kepada underground yang mempunyai hubung kait dengan jenayah. Lebih baik kerajaan yang pantau agar penipuan tidak berlaku."

3. Dengan pemberian lesen, syarikat terbabit akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang penyelewengan. Selain itu, syarikat berkenaan juga tertakluk kepada bayaran cukai yang wangnya boleh digunakan untuk negara. “Bila mereka membayar cukai dan penipuan berlaku, mereka boleh dipertanggungjawabkan,''

Demikianlah kenyataan yang dikeluarkan Ahli parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan ketika mempertahankan tindakan kerjaan membenarkan pertaruhan bolasepak Paiala Dunia 2010 ini. baca di sini

Satu kenyataan yang dikeluarkan oleh seorang yang bergelar muslim. Dan saya percaya beliau akan marah dengan sekuat hati sekiranya terdapat orang yang mempertikaikan keislamannya atau menuduh dia seorang jahil atau buta agama!


Saya suka untuk mencadangkan kepada beliau sebagaimana reaksi beliau terhadap isu ini, agar beliau mencadangkan kepada kerajaan yang disokongnya melaksanakan perkara di bawah ini:


1. Sekiranya 'perjudian haram banyak melibatkan sindiket jenayah, jadi kami cuba untuk mengurangkan jenayah itu berlaku'.
Maka saya mencadangkan kepada beliau dan kerajaan sokongannya agar menubuhkan sebuah bank khas untuk dirompak. Dengan mewujudkan bank tersebut, kerajaan dapat mengawal dan mengurangkan kes jenayah rompakan bank-bank dan kedai-kedai emas yang berleluasa berlaku di dalam negara kita. Dan para perompak sendiri dapat memfokuskan rompakan mereka pada sebuah bank sahaja. Emm...bertuah kerajaan malaysiaku tercinta mampu mengurangkan kes rompakan. Inilah kerajaan yang sangat berjaya kan? Kerajaan 1 Malaysia kan!
Dan saya juga mengesyorkan kepada beliau dan kerajaan beliau agar menubuhkan pusat pelacuran yang berlesen. Dengan penubuhan tersebut, bukankah kerajaan mampu mengurangkan jenayah perdagangan orang secara haram dan secara tidak langsung kerajaan mampu mengurangkan jenayah haram tersebut. Haa...disebabkan lesen yang diberikan, semua jadi halal...Lepas ni, pejabat agama boleh berehat la. Polis pun tak perlu susah payah nak serbu. Para pelacur pun akan 'dihormati' kan. Kan cadangan bagus bagi kerajaan 1 Malaysia!

2. "Kenapa mesti berikan duit itu kepada underground yang mempunyai hubung kait dengan jenayah. Lebih baik kerajaan yang pantau agar penipuan tidak berlaku."
Haa...ini juga alasan yang sangat baik dari MP kita. Lebih baik kerajaan beri lesen buka bank untuk dirompak, dan perompak mesti membayar cukai. Duit yang dirompak pun tidak jatuh ke tangan undeground yang mempunyai hubung kait dengan jenayah. Lebih mantap lagi sekiranya, kerajaan sendiri yang menubuhkan dan meluluskan 'pertubuhan perompak'. Ini lagi mantap. Kerajaan dapat pantau rompakan yang berlaku dan pendapatan negara juga bertambah.
Begitu juga dalam kes pelacuran. Daripada duit jatuh ketangan undergroud yang berhubungkait dengan jenayah, lebih baik beri lesen je...lebih cantik lagi, kerajaan sendiri yang meluluskan 'pertubuhan pelacur' dan kerajaan sendiri yang menjadi 'bapa ayam'. Kan dapat kawal penipuan dan penyelewenan berlaku terhadap pelacuran. Ini cadangan bagus untuk 1 Malaysia!

3. “Bila mereka membayar cukai dan penipuan berlaku, mereka boleh dipertanggungjawabkan,''
Tanya sikit kat MP kita ini, judi mana tu yang tiada penipuan? judi mana yang tidak menindas? judi mana yang tidak menjadikan ramai orang fakir? Judi mana ye? Kalau ada, nak belajar la juga dengan MP kita yang cerdik ni. Dan syarikat mana pula yang bertangungjawab penipuannya? kalau ada, nak cari juga ni. Mungkin syarikat judi yang MP kita ni yang tubuhkan kot! Baiknye lah syarikat perjudian tu!

Kesimpulan...kita bertambah bodoh bila menggunakan akal yang dangkal untuk membantah hukum Tuhan. Bukan MP Kota Belut seorang sahaja yang ada akal. Ramai lagi  orang yang bukan mempunyai akal, bahkan mempunyai akal yang cerdik. Lebih cerdik dari dia...jangan kerana kumpulan atau puak, MP Kota Belut buta mata, buta mata hati...

Ingat lah...Kita HIDUP bukan untuk HIDUP, tapi kita HIDUP untuk YANG MAHA HIDUP. Kita HIDUP bukan untuk MATI, tetapi kita MATI untuk HIDUP... macam mana hidup kita nanti selepas mati? saat kita hidup untuk selama-lamanya...

Ingat lah kita, tak selamannya kita hidup di dunia ini...akhir sekali tersungkur di hadapan Allah. Jika sombong, jika bongkak dengan ALLAH di dunia ini, jangan terkejut dan menyesal kalau ALLAH akan tunjukkan 'kesombongan-Nya' dan 'kebongkakkan-Nya' depan kamu di akhirat nanti! Saat itu, tiada gunanya lagi.
Solleh Al-Fatimi
oleh : Solleh al-Fatimi

Pembacaan al-Quran secara bertajwid memainkan peranan penting yang tidak dapat dinafikan lagi, samada memudahkan proses hafazan dan mengekalkannya di dalam fikiran dan hati ataupun untuk memberikan suntikan keasyikan kita membaca ‘warkah dari tuhan’. Sekalipun tidak dikurniakan suara yang merdu dan lunak, namun berbekalkan perintah membaca al-Quran secara bertajwid, ia mampu memberi keasyikan kepada pembacanya serta menarik pendengar yang lain untuk memasang telinga mendengar bacaan al-Quran.

Perkara ini diakui sendiri oleh Syeikh Mahmud Khalil al-Hushori dalam kitabnya 'Ahkam Qiraah al-Quran al-Karim', beliau menceritakan: 
“Sesungguhnya kami dapati dari kalangan guru-guru kami, mereka tidaklah mempunyai suara yang merdu, bahkan mereka tidak mengetahui pun irama lagu. Namun ia membacanya dengan baik dan menyebutkan dengan kemas. Maka apabila ia membacanya, bacaannya dapat menimbulkan minat pendengar dan menarik hati mereka untuk berkumpul. Manusia bersesak-sesak dan berkumpul untuk mendengar bacaannya samada daripada golongan professional mahupun orang awam. Mereka yang menghadiri majlis tersebut terdiri daripada mereka yang mengetahui Bahasa Arab dan mereka yang tidak mengetahuinya dari seluruh manusia. Bahkan mereka sanggup meninggalkan majlis kumpulan yang mempunyai suara yang merdu dan mahir dalam seni suara, namun mengabaikan tajwid dan ketelitiannya”.[1]

Lebih daripada itu, guru-guru Syeikh Mahmud dan lainnya menceritakan suatu cerita yang mencapai tahap mutawatir, tentang Imam Taqiyyuddin Muhammad bin Ahmad as-Sho’igh al-Misri –seorang guru yang mahir dalam tajwid-, pada suatu hari ketika beliau membaca dalam solat subuh ayat:

“Dan (setelah itu) Nabi Sulaiman memeriksa kumpulan burung (yang turut serta dalam tenteranya) lalu berkata: “Mengapa aku tidak melihat burung hudhud (belatuk)? Adakah ia dari mereka yang tidak hadir?” (Surah an-Naml:20)

Beliau mengulang-ulang ayat ini beberapa kali. Maka seekor burung turun ke atas kepala beliau sambil mendengar bacaannya sehinggalah selesai bacaannya. Maka mereka yang hadir melihat kepada burung tersebut, maka inilah burung hudhud.

Syeikh Mahmud turut menceritakan tentang seorang Syeikh al-Qurra’ di Baghdad yang bernama Imam Abu Muhammad Abdullah bin Ali bin Ahmad yang dikurniakan kelebihan yang hebat. Beliau berjaya mengislamkan sekumpulan dari yahudi dan nasrani tatkala mereka mendengar bacaannya.[2]

Oleh itu, tanggungjawab kita sebagai seorang muslim tidak dapat lari dari berusaha untuk membaca al-Quran sebagaimana ia diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w dan sebagaimana Baginda membacanya kepada para sahabat. iaitu membacanya secara bertajwid. Itu adalah tanggungjawab kita yang bergelar muslim. Kita tidak boleh memandangnya hanya sebelah mata sahaja.

Ketegasan ini disuarakan oleh Dr. Raghib as-Sirjani dalam bukunya 'Kaifa Tahfaz al-Quran';
“Allah mahukan daripada kita agar kita membaca al-Quran sebagaimana Rasulullah s.a.w. membacanya. Dan sesungguhnya baginda Rasulullah s.a.w. membacanya kepada kita sebagaimana baginda mendengarnya daripada malaikat Jibril a.s. Dan para sahabat membacanya sebagaimana mereka mendengar daripada Rasulullah s.a.w. Dan ilmu yang agung ini sentiasa diwarisi dari generasi ke generasi sehinggalah sampai kepada kita. Dan akan terus kekal dijaga -dengan izin Allah- sehingga ke hari Kiamat”. [3]
 Demikian juga oleh Imam Jalaluddin as-Suyuti di dalam al-Itqan fi 'Ulum al-Quran:

“Tidak syak lagi, sebagaimana umat Islam (dituntut) mengabdikan diri dengan memahami makna al-Quran dan melaksanakan peraturan-peraturan al-Quran, begitu jugalah mereka (dituntut) mengabdikan diri dalam memperbetulkan sebutan lafaz al-Quran dan menunaikan sifat huruf dan haknya dengan bertalaqqi dengan imam-imam qurra’..."[4]
____________________

[1] Syeikh Mahmud Khalil Al-Hushori. (1999). Ahkam al-Qira’ah al-Quran al-Karim. Saudi: al-Maktabah al-Makkiyyah.; 22
[2] ibid. 22-23
[3] Dr. Raghib as-Sarjani,Kaifa Tahfaz al-Quran. http://www.islamstory.com/ كتاب_كيف_تحفظ_القرآن_الكريم. ;33
[4] Al-Suyuti, Jalal ad-Din Abd ar-Rahman Abi Bakr. (t.th). al-Itqan fi Ulum al-Quran. Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah ; jilid 1, 218