Solleh Al-Fatimi
UNGGUN BERSIH
SASTERAWAN NEGARA, DATO' A. SAMAD SAID



JUNE 27 — Semakin lara kita didera bara —
kita laungkan juga pesan merdeka:
Demokrasi sebenderang mentari
sehasrat hajat semurni harga diri.

Lama resah kita — demokrasi luka;
lama duka kita — demokrasi lara.
Demokrasi yang angkuh, kita cemuhi;
suara bebas yang utuh, kita idami!

Dua abad lalu Sam Adams berseru:
(di Boston dijirus teh ke laut biru):
Tak diperlu gempita sorak yang gebu,
diperlu hanya unggun api yang syahdu.

Kini menyalalah unggun sakti itu;
kini merebaklah nyala unggun itu. — samadsaid.wordpress.com
* A. Samad Said adalah Sasterawan Negara Malaysia.
Solleh Al-Fatimi
Penerangan Oleh Dr. Zaharuddin Abdul Rahman Hafizahullah.

Sumber: Program Tanyalah Ustaz TV9
Solleh Al-Fatimi

9 Julai 2011. Sekali lagi Perhimpunan BERSIH 2.0 akan diadakan. Namun untuk perhimpunan kali ini, ia sangat berbeza dengan perhimpunan bersih yang diadakan kali pertama dahulu. Perhimpunan kali ini, bukan satu perhimpunan sahaja tetapi melibatkan tiga perhimpunan dari  tiga kumpulan yang berbeza dan bertentangan prinsipnya. iaitu BERSIH 2.0, PERKASA dan Pemuda UMNO.

Secara ringkasnya, BERSIH 2.0 diadakan bagi menuntut pilihanraya bersih dan adil.  PERKASA pula bagi menghalang kumpulan BERSIH berhimpun agar negara tidak huru hara dan memainkan isu perkauman. Pemuda UMNO pula, berhimpun sebagai sokongan terhadap sistem pilihanraya yang sedia ada ini.

3 perhimpunan, 3 agenda... Namun persoalan yang ingin diajukan, benarkah perhimpunan BERSIH 2.0 ini akan menghuru-harakan negara?

Alhamdulillah perhimpunan BERSIH kali pertama, dapat saya hadiri dan dapat melihat suasana sebenar kejadian. Saya dan kawan-kawan berkumpul di Masjid Jamek dalam keadaan tenang dan aman. Namun suasana ini tidak kekal lama, kenapa? kerana tindakan tidak bertamadun FRU memancutkan air berasid ke dalam kawasan masjid, sedangkan para hadirin tidak keluar pun dari kawasan masjid dan berada dalam keadaan terkawal dan aman. Tindakan FRU ini merubah warna dan corak hadirin di situ. Hadirin lari menyelamatkan diri.

Bukan setakat itu, kebiadaban FRU terhadap RUMAH ALLAH ditambah dengan tembakan gas pemedih mata. Gas bukan sebarang gas... terhidunya boleh menyesakkan nafas, tidak dapat membuka mata akibat terlalu pedih, muka terasa seumpama di bakar, perut pula memuntahkan segala isinya. akhirnya lari menyelamatkan diri... lari mengikut letak tapak kaki, kerana mata tidak dapat dibuka lagi. ALLAHU AKBAR!

Ya... Sebelum FRU datang, seluruh kedai makan penuh, melimpah keluar sebab tidak cukup tempat duduk, makanan dan minuman laris terjual. Apa yang dijual semua habis. Tapi selepas FRU datang, semuanya berubah. Semua kedai tutup! Kedai dirosakkan oleh FRU yang menurut perintah insan yang tidak bertamadun. Persoalannya. siapa yang menghuru-harakan perhimpunan aman ini?

Itu yang pertama. Keduanya, apabila masing-masing berpecah, saya dan rakan-rakan berada di simpang jalan TAR, jalan laluan untuk ke Istana dikawal rapi oleh FRU dan polis. Dalam situasi jalan semua ditutup dan dikawal oleh FRU dan polis, sebahagian kecil hadirin melaungkan; 'KITA REMPUH POLIS! KITA REMPUH!'. Laungan itu bergema... ALHAMDULILLAH. ALLAH menzahirkan keikhlasan penganjur himpunan BERSIH. Dr. Hatta Ramli yang memimpin kumpulan kami menjawab dengan tegas:
"KITA DATANG BUKAN UNTUK BERTEMPUR DENGAN POLIS! PERHIMPUNAN KITA ADALAH PERHIMPUNAN AMAN!".
Ia diulang berkali-kali. Mendengar ketegasan pimpinan yang mengepalai perhimpunan tersebut, membuatkan para hadiri akur dan melalui lorong kecil di celah-celah kedai...Itulah ketegasan pimpinan yang membuatkan saya bangga, jelas matlamatnya adalah untuk perhimpunan aman. SYABAS. Sekali lagi, suka saya tanyakan,
"Siapakah yang menghuru-harakan perhimpunan aman ini?"

Untuk perhimpunan BERSIH 2.0 ini, saya yakin ia adalah perhimpunan aman, namun saya khuatir ia akan berubah dengan campur tangan polis dan FRU. Lebih membimbangkan lagi dengan kehadiran PERKASA, yang telah menghasut bibit-bibit huru-hara dengan semangat perkauman yang bodoh dan jahiliah. Sesungguhnya orang Melayu SANGAT BANGGA kalau Ibrahim Ali itu bukan bangsa Melayu!